Resepi Biskut Red Velvet Mudah



Bahan-bahan A:

1/2 Cawan Butter (suhu bilik)
1/2 Cawan Gula Kastor 
1/2 Cawan Gula Perang
1 Biji Telur
1 Sudu Kecil Esen Vanila

- Satukan kesemua bahan A diatas sehingga kembang.

Bahan-bahan B:

1 Sudu Besar Pewarna Merah
1 Sudu Kecil Cuka Makan ( Boleh guna jus lemon)
1 Sudu Kecil Soda Bikarbornat
1/2 Sudu Kecil Baking Powder
1/4 Sudu Kecil Garam
1/3 Cawan Serbuk Koko
1 1/2 Cawan Tepung Gandum

Cara-Caranya :

1. Gaul semua bahan menggunakan spatula sehingga sebati.

2. Bentukan adunan mengikut citarasa masing2. ( Saya bulatkan adunan dan tekap menggunakkan garfu )

3. Jarakkan setiap adunan diatas dulang pembakar. Kenapa kita harus jarakkan adunan tersebut? Kerana adunan ini akan mengembang.

4. Bakar dalam 170C selama 10-15 minit.

5. Sejukkan dan siap untuk dicuba..🤗🤗

Selamat mencuba..😘😘..



Ulasan